Wednesday, 9 May 2012

Photography For Dummies : Moony 11






Sebelum ini saya ada jelaskan tentang Sunny 16 Rule, peraturan untuk mengelakkan gambar yang washed out, blown out.hari ini saya akan bercakap tentang The Moony 11 Rul.Pernah tak anda mempunyai keinginan untuk mengambil gambar bulan kerana bulan amat terang dan cantik pada malam itu tetapi sekali anda point & shoot, apa yang anda dapat adalah bulatan putih pada skrin,tiada tekstur, tidak sama dengan kecantikan bulan yang anda jangkakan dapat tangkap kerana cara meter DSLR mengukur cahaya, adalah dengan cuba mencari keseimbangan antara terang dan gelap, anda akan dapati ianya sukar (walaupun dengan spot meter) untuk mendedahkan sesuatu seperti bulan.

Baik di sini adalah penyelesaian yang anda perlukan.


The Moony 11 Rule
The Moony 11 Rule sangat berguna untuk mengambil gambar bulan. Kerana bulan mencerminkan cahaya matahari, ia adalah satu keadaan pendedahan yang sama seperti hari yang sedikit mendung. Rule ini berfungsi dengan cara yang sama seperti Sunny 16 Rule. Tetapkan aperture kepada f/11 dan kelajuan shutter yang terdekat kepada ISO kamera.

Kerana pencahayaan tidak akan selalunya jatuh tepat kepada peraturan-peraturan ini, adjust seberapa banyak yang diperlukan, tetapi ia pasti akan menghasilkan shot yang anda mahu.

Gambar di atas telah diambil oleh saya beberapa hari lalu semasa dalam perjalanan saya untuk menghantar ibu mertua saya ke Semenyih. Bulan kelihatan super cerah dan langit adalah jelas dan seperti yang saya sebut dalam post yang sebelumnya, selalu bawa kamera anda .. saya telah membuktikan bahawa teori tersebut mempunyai asas kerana saya membawa kamera saya dengan kanta saya 70-200 pada hari itu .. Huh! jika tidak saya akan kehilangan peluang mengambil gambar bulan purnama yang sempurna ..



Untuk versi Bahasa Inggeris(English),sila klik di pautan(link) yang disediakan dibawah :

No comments:

Post a Comment