Saya akan memberikan penerangan teknikal dahulu dan kemudiannya saya akan kembali dengan penerangan yang lebih mudah untuk difahami.
Depth Of Field adalah jumlah jarak antara objek yang terdekat dan paling jauh yang muncul dalam fokus dan agak sharp dalam gambar. Kedalaman ("DOF") bagi fokus subjek dalam imej boleh menjadi agak subjektif. Ingat ini,pemilihan kedalam DOF yang mencukupi untuk satu situasi, mungkin tidak boleh diterima untuk jurugambar lain. Ia adalah satu perkara pilihan peribadi(personal preference) apabila cuba untuk menentukan penggunaan DOF yang sesuai untuk meningkatkan kesan dalam gambar.
DOF adalah pada dasarnya dengan pemahaman mudah merupakan kesan kabur yang anda lihat dalam gambar atau photoshop (Gaussian Blur). Kabur yang aya maksudkan ialah kabur yang menyebabkan subjek anda kelihatan tajam tetapi latar belakang dan / atau latar depan adalah kabur.
Anda boleh mencapai kesan kabur ini dengan menukar nilai aperture, lebih kecil nilai f(aperture) di kamera (lebih besar pembukaan bilah kanta, kita akan rujuk sebagai nilai aperture yang lebih besar) lebih kecil DOF yang lebih sharp gambar anda, bermakna bahawa jika anda memilih f1.4 dan anda mengambil gambar close-up potrait, anda boleh mendapatkan imej muka yang sharp, tetapi semua yang lain adalah lembut(soft) dan kabur, dan katakan anda ingin mengambil gambar sesuatu yang perlukan latar belakang atau hadapan untuk sharp maka nilai yang lebih besar (yang bertentangan contoh sebelumnya dimana nilai aperture yang lebih kecil) adalah diperlukan.
Sebelum ini saya bercakap tentang Exposure Triangle kan? Aperture berkaitan dengan kecerahan gambar kerana jika f no besar (no lebih kecil pada skrin seperti f2) lebih banyak cahaya akan masuk melalui kanta dan untuk offset terlalu banyak cahaya masuk anda perlu meningkatkan kelajuan shutter atau kurangkan ISO kerana pendedahan gambar mungkin blown out (kehilangan butiran didalam gambar)Contoh seperti shot di mana DOF berada pada alien(di bawah).
Tetapi sekali lagi saya ingatkan bahawa fotografiadalah sangat subjektif, ada yang mengatakan mahu super sharp (mereka yangdikenali sebagai Pixel Peeps) dan ada yang mengatakan kesan daripada blown out membawa kesan seakan-akan dalam mimpi(dreamy effect), pandangan saya, saya suka sedikit efek blown out sekali sekala kerana ia memberi efek dreamy .. seperti kita berada dalam dimensi lain.hahaha...
rujuk kepada tetapan(setting) di bawah di mana ia berubah kerana saya menukar nilai bukaan kepada nilai yang lebih kecil.
Secara Ringkas, DOF kecil (Shallow DOF) bermaksud titik yang tajam adalah lebih kecil dan latar belakang kabur lebih besar .. DOF yang lebih besar ertinya kawasan yang tajam adalah lebih besar dan kawasan kabur adalah lebih kecil.
Anda yang tentukan aperture yang sesuai untuk shot anda..Dibawah adalah sampel gambar yang diambil untuk membantu pemahaman anda dengan lebih baik.
Nikon 3100 // 1/200 // 50mm @ f1.4 // ISO100 |
Ini adalah apa yang saya maksudkan dengan DOF yang cetek(Shallow DOF) di mana hanya sebahagian kecil shot adalah sharp.bagi gambar ini ia adalah magic 8 ball di atas.
Nikon 3100 // 1/200 // 50mm @ f1.4 // ISO100 |
Dalam shot ini Buzz lightyear menjadi subjek dan magic 8 ball terkeluar dari focus.Ini boleh dicapai dengan melaraskan gelang fokus di hadapan lens.Terpulang sama ada anda mempunyai motor di dalam body camera atau kanta atau dalam kes saya,saya gunakan kanta manual,anda akan perlu sama ada untuk menggunakan autofokus atau manual fokus subjek ini.
Saya harap ini dapat membantu anda.Selamat mencuba..
Untuk versi Bahasa Inggeris(English),sila klik di pautan(link) yang disediakan dibawah :
No comments:
Post a Comment